S5 · Alat ringkas
Kira Kos Resipi & Harga Jual
Anda jual burger RM5. Untung sebiji berapa?
Excel Bisnes Makanan & Kuih | ArteyuLabs
Setiap skrin ini diambil terus dari fail sebenar - bukan lakaran.
Masalah yang ini selesaikan
- Letak harga ikut harga orang lain, bukan ikut kos sendiri
- Terlupa kira gas / elektrik, pembungkus, sewa dan gaji sendiri
- Bahan naik harga, tapi harga jual tak berubah
Apa yang anda dapat
- Sheet BAHAN: pilih Beli dalam dan Unit kecil dari dropdown, kos setiap gram, ml atau biji keluar sendiri
- Beli kg, guna gram? Biarkan Isi kandungan kosong, fail ini kira 1 kg = 1,000 g sendiri
- Sheet RESIPI: pilih bahan, taip kuantiti, KOS SEBENAR SEUNIT dan harga cadangan keluar di atas sheet
- Gaji sendiri ikut jam atau ikut bulan, dikira sekali sahaja
- Sewa, gaji pekerja dan kos bulanan lain dibahagi ikut unit yang anda jual sebulan
- Amaran pada row itu sendiri bila harga beli, isi kandungan atau kuantiti belum diisi
- Sheet HARGA: setiap produk ditanda SIHAT, MARGIN NIPIS atau RUGI, dengan harga pada margin 25% hingga 40%
Sheet dalam fail
Edisi v2.4 · diaudit 5 Okt 2026
formula hidup, diaudit tanpa satu pun ralat
Dalam beg yang anda terima
- 00BACA SAYA - senarai isi beg. Baca ini dulu
- 01Fail CONTOH - gerai burger, 50 biji sehari, dah berisi angka. Buka ini dulu supaya anda nampak cara fail ini kira kos
- 02Fail anda - kosong, sedia diisi dari sheet SETUP
- 03Panduan bergambar - satu sheet satu muka surat, dengan gambar sebenar dan nombor merah yang tunjuk petak mana anda taip
- 04Panduan interaktif - buka dalam browser, tekan nombor merah atas gambar. Internet tak perlu
- 05Kad rujukan cepat A4 - dua muka surat untuk dicetak dan ditampal dekat tempat kerja
Termasuk dalam setiap pembelian
- Dua fail Excel (.xlsx): fail CONTOH berisi data sebuah gerai burger, dan fail kosong untuk bisnes anda
- Sheet MULA SINI: cara mula, langkah demi langkah, dalam Bahasa Melayu
- Boleh dibuka dengan app Microsoft Excel atau app Google Sheets di telefon
- BACA SAYA.txt: fail mana nak buka dulu
- Fail ganti percuma jika rosak + kemas kini versi percuma
Soalan lazim
Boleh guna dalam telefon?
Boleh. Kami dah uji kedua-dua fail dalam telefon sebenar, dengan app Microsoft Excel dan app Google Sheets. Dalam Google Sheets, anak panah dropdown mungkin tak keluar. Kalau tak ada anak panah, taip sendiri nama bahan sama seperti dalam sheet BAHAN. Kalau ada yang pecah, WhatsApp kami - kami betulkan atau pulangkan duit.
Perlu pandai Excel?
Tidak. Anda taip dalam kotak kuning sahaja. Kotak kelabu ada formula, dia kira sendiri.
Macam mana nak padam data contoh?
Tak perlu padam. Pakej ini ada dua fail: fail 1 ialah CONTOH, fail 2 dah kosong untuk data anda. Simpan fail CONTOH sebagai rujukan.
Nak kira lebih daripada satu produk?
Di komputer: klik kanan tab RESIPI, pilih Move or Copy, tandakan Create a copy, kemudian OK. Satu sheet RESIPI untuk satu produk, dan semua produk disenaraikan di sheet HARGA.
Ada password?
Tiada. Sheet dikunci tanpa password, cuma untuk halang anda tertaip atas formula. Kalau nak ubah suai sendiri: Review > Unprotect Sheet.
Combo · 2 fail Excel
Ambil kedua-dua fail sekali
Tambah RM27 je, anda dapat Pek Kawalan Bisnes Kecil sekali.
Kira kos sebenar seunit dan harga jual, kemudian rekod jualan dan belanja untuk tahu untung bisnes anda. Dua fail Excel dalam satu bayaran.
HanyaRM49RM61Jimat RM12
Beli berasingan: RM39 + RM22 = RM61.
Beli combo - RM49Dah baca semua?
Kira Kos Resipi & Harga Jual
Anda jual burger RM5. Untung sebiji berapa?
Bayar guna FPX. Fail sampai sebaik bayaran disahkan bank.
Tanya dulu
