ArteyuLabs

Satu cadangan pembiayaan, empat rupa

Cadangan pembiayaan RM1.80 juta untuk kilang makanan rekaan, disusun dalam enam bahagian dan diterbitkan dalam empat reka bentuk: PERDANA, TENUN, PELAN dan LAYAR.

Siap, belum disenaraikanKertas & laporan2026-09Buka di talian
141

muka surat merentas empat reka bentuk, semuanya daripada satu fail kandungan yang sama.

Satu cadangan pembiayaan, empat rupa
PERDANA, TENUN, PELAN dan LAYAR, kandungan yang sama

Apa yang dibuat

Semua perkataan dan angka duduk dalam satu fail kandungan, dan keempat-empat reka bentuk membaca fail yang sama. Bila satu angka dibetulkan, ia berubah dalam keempat-empat PDF sekali gus.

Setiap PDF disemak selepas dibina: setiap angka yang tercetak mesti angka yang dikenali, tiada kesilapan lama boleh muncul semula, dan hampir semua teks kandungan mesti betul-betul tercetak.

Dua muka surat pertama menjawab soalan pegawai kredit dahulu: berapa, untuk apa, mampu bayar balik atau tidak, dan apa cagarannya. Tiga carta utama, iaitu penggunaan dana, FSCR mengikut senario dan baki tunai terendah, ada dalam setiap reka bentuk.

Apa yang ada di dalamnya

  1. 01

    Ringkasan eksekutif: jumlah yang dipohon, kegunaannya, dan tiga angka yang menentukan keputusan, semuanya dalam dua muka surat pertama

  2. 02

    Syarikat: profil, pengurusan, produk dan pengeluaran, serta prestasi kewangan tiga tahun lepas

  3. 03

    Pasaran: pasaran dan pesaing, SWOT berserta tindakan, dan model perniagaan

  4. 04

    Projek dan pembiayaan: kilang baharu, struktur tiga kemudahan, penggunaan dana dan terma bayaran balik

  5. 05

    Kewangan dan risiko: unjuran lima tahun, nisbah kemampuan bayar balik (FSCR), ujian senario dan cagaran

  6. 06

    Pelaksanaan dan penutup: jadual pelaksanaan, sumbangan kepada ekonomi setempat, dan permohonan kepada bank

Apa yang anda dapat

  • Kertas cadangan pembiayaan dalam PDF, dalam satu rupa yang anda pilih daripada empat ini

  • Nama, angka dan gambar syarikat anda sendiri, bukan gambar ilustrasi

  • Setiap angka diambil daripada fail unjuran Excel yang sama, jadi kertas dan fail tidak pernah bercanggah

  • Dua muka surat pertama yang menjawab soalan pegawai kredit: berapa, untuk apa, mampu bayar balik atau tidak, dan apa cagarannya

  • Carta penggunaan dana, FSCR mengikut senario dan baki tunai terendah, dilukis daripada angka anda

Yang diukur

4reka bentuk
141muka surat
6bahagian dalam setiap satu

Nota. Pemohonnya syarikat rekaan, Warisan Beku Food Industries Sdn. Bhd., banknya Bank ABC Berhad, dan setiap muka surat ditanda CONTOH. Gambar di dalamnya ilustrasi, bukan premis sebenar.

Tanya tentang kerja macam ini