ArteyuLabs Services
Dokumen & Pembiayaan
Bank minta dokumen, tapi rekod tak cukup? Kami ambil angka dari penyata bank anda sendiri dan susun jadi kertas kerja, ikut cara penilai bank membaca. Langkah pertama ialah Semakan Awal, RM60, empat muka surat dalam tiga hari bekerja.
Satu jalan, empat pintu
Semua kerja di meja ini bawa ke satu hujung: bisnes yang lebih teratur, dan nombor yang bank boleh baca - untuk pembiayaan kecil atau besar. Masuk ikut pintu yang paling dekat dengan keadaan anda hari ini.
00SEMAKANSemakan AwalLangkah pertama. Enam bulan penyata bank dibaca ikut cara penilai membaca; empat muka surat dalam tiga hari bekerja. Harga pelancaran untuk sepuluh semakan pertama.RM60- 01PROPOSALProposal BisnesKertas kerja pembiayaan dan proposal komersial, ditulis ikut cara bank membacanya.Ada sekarangdari RM500
- 02ANALISISAnalisis BisnesHantar tujuh perkara. Kami balas dengan margin sebenar, ke mana duit pergi, dan apa yang perlu dibetulkan dulu.Ada sekarangharga tetap, disahkan sebelum mula
- 03REKODNadi RekodPenyata bank dan resit disusun semula jadi satu set buku yang seimbang.Ada sekarangdari RM200
- 04NADINadi TunaiTarikh tunai anda jatuh bawah sifar, dan berapa minggu selamat sebelum itu.Akan datang
Kesediaan e-Invois LHDN
Akan datangUntuk bisnes dalam lingkungan perolehan RM1–5 juta.
Servis ini menyusun kesediaan anda ikut turutan, bukan ikut panik: kumpul TIN, kemas data pelanggan, petakan kod, dan tetapkan siapa buat apa setiap hari. Kami tak senaraikan tarikh atau kewajipan LHDN di sini sehingga ia disemak semula terhadap sumber rasmi - peraturan ini dah berubah beberapa kali.
Apa yang akan dibuat
- Penilaian kesediaan: kedudukan anda sekarang, apa yang tertinggal
- Kebersihan data: TIN, no. SSM dan butiran customer dikumpul dan disemak
- Pemetaan kod klasifikasi untuk produk dan servis anda
- SOP invois harian: siapa buat apa, bila, dalam sistem mana
- Latihan ringkas untuk orang yang akan uruskannya
- Toolkit Excel dan pek laporan - kekal milik anda selepas kerja selesai
Belum dibuka
Toolkit dan bahan latihan memang dah siap, tapi harga dan skop belum dimuktamadkan, dan sumber rasmi LHDN perlu disemak semula sebelum apa-apa dihantar kepada klien. Sampai itu selesai, kami tak buka tempahan.
Beritahu saya bila servis ini dibukaKami membantu anda bersedia. Tiada sesiapa boleh “menjadikan” bisnes anda patuh - itu keputusan LHDN, bukan produk.