ArteyuLabs

Cetakan & penghasilan dokumen

Dua jenis kerja, satu standard: fail yang boleh terus masuk mesin cetak tanpa kejutan, dan dokumen yang boleh terus masuk mesyuarat tanpa rasa malu.

Cetakan pemasaran & format besar Akan datang

Cetakan belum dibuka lagi - kami sedang kemas proses dan senarai harga dulu. Hantar mesej kalau nak kami beritahu sebaik cetakan dibuka.

  • Flyer & poster - A5/A4, siap bleed dan margin keselamatan
  • Bunting & banner gantung
  • Roll-up banner & standee
  • Format besar untuk kedai dan booth
  • Semakan pra-cetak setiap kali: saiz sebenar, resolusi, mod warna, bleed

Kerja sebenar, bukan janji: bunting dan flyer kempen kami sendiri ikut proses yang sama - versi demi versi sampai lulus semakan cetak.

Dokumen A4 bergaya + versi Word

Pelan strategi, proposal, laporan dan playbook - dibuat sebagai PDF A4 yang direka penuh, dengan versi Word (.docx) berisi kandungan yang sama untuk pasukan anda edit sendiri. Anda tak terikat dengan kami untuk update kecil.

  • Carta dan rajah dibuat dari nombor sebenar anda
  • Bahasa Melayu, English, atau dwibahasa
  • Reka bentuk yang konsisten - kulit, tipografi, warna
  • Serahan: PDF sedia cetak + .docx boleh edit
Minta sebut harga di WhatsApp

Beritahu: jenis bahan, saiz, kuantiti dan bila perlu siap - sebut harga sampai lebih cepat.

Kerja dokumen jalan seperti biasa, ikut kapasiti: operator masih bekerja makan gaji sehingga 1 November 2026, jadi tarikh siap disahkan dalam sebut harga - bukan dijanji dulu.