ArteyuLabs · Nadi Tunai
Jual banyak, tapi duit tak nampak.
Nadi Tunai jawab satu soalan dulu: tarikh tunai anda jatuh bawah sifar, dan berapa minggu selamat anda ada sebelum tarikh itu. Untung dan tunai bukan benda yang sama. Yang kedua itu yang tutup kedai.
Akan datang
PLAT 02 · fail Nadi Tunai PRO — bisnes contoh, dari fail audit 2026-08-12
Fail dah siap. Ia belum dijual.
Akan datangDua edisi dah dibina dan diperiksa dalam Excel desktop. Yang belum selesai bukan fail itu — tiga perkara di bawah ini yang belum selesai, dan sampai ia selesai kami tak buka tempahan.
Apa yang belum selesai
- Harga belum dimuktamadkan
- Ujian import telefon dan Google Sheets belum dijalankan
- Nama servis belum disemak dengan penasihat berlesen
Belum dibuka
Hantar satu mesej. Kami simpan nombor anda dalam senarai dan beritahu bila ia betul-betul boleh dihantar — itu je.
Beritahu saya bila Nadi Tunai dibukaDua cara ia sampai kepada anda
Satu jenama, dua bahagian. Satu anda pegang sendiri, satu lagi kami yang buat. Kedua-duanya guna fail yang sama.
Nadi Tunai Sistem
Akan datangFail Excel yang anda isi sendiri
Anda taip duit masuk dan duit keluar. Fail kira baki setiap minggu, tanda minggu yang jatuh bawah sifar, dan bagi anda satu tarikh untuk ditengok.
- PRONadi Tunai PRO
Ramalan tunai 13 minggu, senario baik/asas/buruk, siapa belum bayar anda dan siapa anda belum bayar, ringkasan 12 bulan, dan satu muka surat yang boleh dicetak untuk bank. 13 sheet, 12 nampak.
- LENGKAPNadi Tunai LENGKAP
Semua dalam PRO, tambah akaun pengurusan penuh — carta akaun, jurnal, lejar, imbangan duga, untung rugi, kunci kira-kira dan daftar aset tetap. Ada juga sheet IMPORT: paste export dari software akaun anda, petakan column sekali, dan ia masuk sendiri. 23 sheet.
Nadi Tunai Desk
Akan datangKami buatkan untuk anda
Anda hantar penyata bank. Kami pulangkan satu jawapan: tarikh duit anda habis, dan berapa minggu lagi anda ada sebelum itu.
- D1Imbas Tunai
Untuk bisnes yang tak pernah buat cash flow sebelum ini. Tiga bulan penyata, satu akaun, setiap transaksi dikategorikan, ramalan 13 minggu, dan pelan tindakan 90 hari dengan angka dan tarikh.
- D2Kawal Tunai
Untuk bisnes yang jual secara kredit dan rasa duit selalu sangkut. Enam bulan penyata, sehingga tiga akaun dan satu aliran payout platform, senarai hutang mengikut umur, jambatan untung kepada tunai, dan tiga senario.
- D3Nadi Penuh
Untuk bisnes yang nak apply pembiayaan, atau yang baru lepas ambil pembiayaan. Dua belas bulan penyata, akaun tanpa had, padanan penyata dengan rekod jualan, unjuran 12 bulan, dan pek kesediaan pembiayaan.
Apa yang fail ini jumpa
Ayat-ayat ini bukan kami yang tulis untuk laman web. Fail itu sendiri yang jana daripada angka bisnes contoh — inilah rupa laporan yang anda dapat.
- 01
Tunai dijangka jatuh bawah sifar pada minggu 3 (6 Sep 2026). Ini masalah masa, bukan semestinya masalah untung.
- 02
Sepanjang 13 minggu, tunai masuk melebihi tunai keluar sebanyak RM13,030.
- 03
Kutipan belum masuk berjumlah RM31,150, iaitu 35% daripada jangkaan masuk 13 minggu.
- 04
Bulan ini untung RM10,400, tapi tunai hanya berubah RM600. Bezanya RM9,800 tersangkut dalam invois belum dibayar, stok, dan ambilan. Inilah sebab orang kata jual banyak tapi duit tak nampak.
Ayat-ayat ini dalam Bahasa Melayu sahaja — ia dijana oleh fail itu sendiri, dan kami tunjuk apa yang fail itu tulis, bukan terjemahan kami.
Diperiksa, bukan diagak
Fail kosong daripada ralat belum tentu betul. Edisi LENGKAP disemak terhadap angka yang dikira dengan tangan sebelum sheet dibina. Itu yang tangkap formula yang nampak kemas tapi tunjuk nombor salah.
Apa yang kami tak buat
- Kami bukan firma perakaunan. Kami tak jalankan audit ke atas akaun anda, tak failkan cukai, dan tak beri nasihat cukai — untuk kerja itu kami rujuk anda kepada firma berlesen.
- Laporan yang kami sediakan ialah akaun pengurusan, untuk kegunaan dalaman anda. Ia bukan penyata berkanun dan bukan penyata beraudit.
- Kami tak simpan ID atau password bank anda. Tak sekali pun, walaupun anda tawarkan.
- Kami tak pegang duit anda dan tak buat sebarang bayaran bagi pihak anda.
- Ramalan ialah anggaran berdasarkan maklumat yang anda beri. Kami tak jamin apa-apa keputusan.