Kenapa bekas orang bank buat spreadsheet

Bertahun-tahun menilai kertas kredit ajar satu perkara: ramai peniaga kecil bukan gagal sebab produk. Mereka gagal sebab tiada siapa nampak nombor — untung rupa-rupanya rugi, stok mengikat duit, tunggakan tak pernah dikutip. Orang bank nampak semua ini setiap hari, dari sebelah meja yang satu lagi.

ArteyuLabs ada untuk letak cara kerja itu dalam alat yang orang mampu beli: sistem Excel berbelas ringgit yang buat kerja sistem beribu ringgit, dokumen pembiayaan disusun ikut cara penilai membacanya, dan — sebab orang di sebalik ini pun ada anak kecil — buku dan printable untuk anak-anak Malaysia.

Tanya apa-apa di WhatsApp
Logo penuh ArteyuLabs

Dari meja bank ke meja ini

Zaman bank

Menilai kertas kredit dan akaun — nampak setiap hari macam mana bisnes kecil jatuh sebab tak nampak nombor sendiri, dari seberang meja.

Sekarang · 2026

ArteyuLabs berjalan lepas waktu pejabat: 30 buku kerja Excel diaudit, lima buku kanak-kanak, satu meja servis.

1 November 2026

Sepenuh masa. Tarikh dah ditetapkan — bukan “satu hari nanti”.

Selepas itu

Rak penuh: 20 sistem dibuka satu demi satu, setiap satu kena lulus audit dulu sebelum dijual.

Fakta ringkas

  • Arteyu Labs — perniagaan berdaftar SSM, Malaysia
  • Satu orang: reka, buat, audit, jawab WhatsApp
  • Latar belakang: perbankan — penilaian kredit dan akaun
  • Sepenuh masa mulai 1 November 2026
  • Tiga bahagian produk (Systems, Studio, Family) dan satu meja servis
  • BukanLineBiasa berdiri sendiri dengan lamannya sendiri

Buat dulu, audit kemudian

Setiap sistem Excel lalu audit automatik — setiap formula dikira dalam Excel desktop, setiap sel ralat dihitung. Keputusan audit disimpan sebagai fail bukti.

Jujur pasal status

Yang siap kami panggil siap. Yang belum, ditanda “akan datang”. Tiada testimoni direka, tiada kaunter palsu.

Dwibahasa memang sengaja

Produk bisnes utamakan BM sebab itu bahasa pembeli berfikir. Istilah bisnes Inggeris kekal — cash flow tetap cash flow.

Telefon dulu

Semuanya diuji dalam telefon dengan data mudah alih, sebab di situ customer kami berada.

ARTEYULABS.SYSTEMS · AUDIT 2026-08-11 00:40 · LULUS
formula dalam 16 fail contoh, dikira satu-satu dalam Excel desktop
sel ralat ditemui dalam 16 fail itu
30
buku kerja Excel dihantar
132
imej listing 1000×1000
20
panduan pembeli (PDF)
1
hari untuk siapkan semuanya
Ini angka dari audit automatik yang betul-betul dijalankan — bukan angka jualan. Audit membuka 16 fail contoh dalam Excel desktop; 14 fail KOSONG yang disertakan tak melalui ujian yang sama. Belum ada testimoni. Tapi ada kerja yang boleh disemak.