ArteyuLabs

App telefon untuk peniaga kecil

Duit Kedai

Rekod jualan, belanja dan duit kedai yang diambil, dalam beberapa saat. Nampak untung bulan ini selepas gaji sendiri, setiap hari.

Kedai contoh ialah gerai nasi lemak rekaan dengan rekod enam bulan. Tekan apa sahaja. Tiada akaun, tiada login. Kedai sendiri pun boleh dicuba 3 hari tanpa kod.

Skrin Hari ini Duit Kedai: jualan hari ini, sasaran, belanja dan ambil duit kedai

Skrin sebenar, bukan lakaran

Semua gambar di bawah ialah skrin sebenar app yang anda akan pasang, dari kedai contoh.

  • Skrin Untung
    Untung selepas gaji, dan ke mana setiap RM10 jualan pergi.
  • Skrin Rekod
    Kalendar rekod: warna lebih gelap, jualan lebih tinggi.
  • Skrin Kira harga jual
    Kira harga jual: taip kos satu unit, dapat empat cadangan harga.
  • Skrin Jualan
    Jualan: tekan menu, pilih tunai atau QR, tekan Simpan.

Apa yang app ini buat

  1. 01Tekan menu atau taip jumlah, kemudian tekan Simpan. Jualan direkod, tunai atau QR.
  2. 02Belanja harian dan kos bulanan (sewa, gas, bungkus) diambil kira sendiri.
  3. 03Ambil duit kedai: setiap ringgit yang anda ambil, berbanding gaji sendiri yang anda tetapkan.
  4. 04Untung selepas gaji untuk bulan ini, bulan lepas dan 12 bulan terakhir, dan ke mana setiap RM10 jualan pergi.
  5. 05Sasaran bulanan dalam tiga paras: tutup kos, sasaran asas dan sasaran impian, dengan satu angka sasaran jualan untuk hari ini.
  6. 06Kira harga jual daripada kos satu unit, dan kos setiap satu daripada resipi.

Rekod dalam telefon anda sendiri

Tiada akaun, tiada login. Rekod kedai disimpan dalam telefon anda sendiri, bukan di server kami.

Tanpa internet pun boleh. Pengaktifan kod perlukan internet sekali sahaja.

Simpan salinan ke WhatsApp atau Google Drive bila-bila masa. Tukar telefon? Pulihkan salinan rekod dan masukkan kod yang sama di telefon baru.

Pasang dalam tiga langkah

  1. 01Buka Duit Kedai dalam Chrome (Android) atau Safari (iPhone). Kalau anda datang dari TikTok atau Instagram, buka dalam Chrome atau Safari dulu.
  2. 02Pasang ke skrin utama. Android: tekan tiga titik, kemudian pilih Install app atau Add to Home screen. iPhone: tekan Share, kemudian pilih Add to Home Screen.
  3. 03Buka app dari skrin utama. Tekan Mula dengan kedai saya (atau Buka kedai sendiri, kalau kedai contoh yang terbuka) dan isi tiga langkah. Percubaan 3 hari bermula. Kalau ada kod, tekan Masukkan kod dan taip kod anda.

Harga

RM39 RM49Harga pelancaran. Harga biasa RM49. Bayar sekali, tiada langganan.

Satu kod, dipaparkan di skrin dan dihantar ke e-mel anda sebaik bayaran disahkan. Sebelum beli, anda boleh cuba kedai sendiri selama 3 hari tanpa kod.

Dengan Pek Kawalan Bisnes Kecil

Dapat dua-dua: app untuk telefon dan fail Excel untuk PC. Satu bayaran untuk kod dan fail, jimat RM9 berbanding beli berasingan. Harga kedua-duanya: RM69

Soalan lazim

Saya buka dari TikTok, tak boleh pasang.

Browser dalam app TikTok dan Instagram tak boleh pasang app. Tekan tiga titik di atas, pilih Open in browser (di Instagram: Open in external browser), kemudian pasang dari Chrome atau Safari.

iPhone boleh?

Boleh. Buka dalam Safari, tekan Share, kemudian pilih Add to Home Screen. Buka kedai sendiri dan masukkan kod di dalam app yang dipasang, bukan di Safari. Rekod dalam Safari dan dalam app yang dipasang disimpan berasingan.

Kod saya hilang.

Buka pautan dalam e-mel resit anda. Pautan itu paparkan kod yang sama semula, bila-bila masa. Tiada e-mel? WhatsApp kami dengan nombor pesanan atau e-mel yang anda guna.

Saya tukar telefon.

Di telefon lama, tekan Simpan salinan dan hantar fail itu ke WhatsApp atau Google Drive. Di telefon baru, pasang app, tekan Pulihkan daripada salinan di Tetapan, kemudian masukkan kod yang sama.

Apa yang app ini hantar kepada ArteyuLabs?

App ini hantar kod dan satu ID pemasangan ke arteyulabs.com sekali sahaja, semasa anda masukkan kod. Rekod jualan, belanja dan duit kedai yang anda ambil tak dihantar kepada kami. Rekod hanya keluar dari telefon bila anda sendiri simpan salinan, export atau hantar laporan. Kalau anda guna Cakap, suara anda diproses oleh perkhidmatan suara browser anda (Google atau Apple), bukan oleh kami. Kalau telefon hilang tanpa salinan, rekod pun hilang. Sebab itu app ini ingatkan anda simpan salinan setiap minggu.

Duit Kedai ialah alat rekod untuk kegunaan anda sendiri, bukan nasihat cukai, undang-undang atau kewangan.